Monday, 29 October 2012

Awwalan


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullah. :)

Alhamdulillah. Diizinkan Allah untuk adakan juga satu blog. Tehee :) 
Masih belajar dan akan terus belajar insyaAllah.
Untuk post yang pertama, sama dengan hadith 40 yang pertama insyaAllah, berkaitan niat.




Berdasarkan hadith tu, "Sesungguhnya setiap amal itu dimulakan dengan niat....." (ada panjang lagi sebenarnya, cuma saya nak sentuh yang perkataan-perkataan di atas je. Tak banyak ilmu. T_T ).
Ok saya teruskan. 

Hadith ini menyatakan bahawa, setiap pekerjaan yang kita nak buat, perlu ada niat. Tak perlu lafaz pun takpe. Sebab niat ni, antara kita dengan Allah. Dan kalau kita cakap dalam hati pun, Allah akan tahu. "........Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (2:216)

Bila kita niat, tentulah mahu niat yang baik-baik. Sebab niat yang bebaik akan diganjarkan pahala. Maha Suci Allah Yang Maha Pemurah. Sekecil-kecil niat baik pun beroleh pahala. Subhanallah Walhamdulillah. :)

Jadi, niat saya menulis blog ini, agar diri saya sentiasa diberi peringatan dalam saya memberi peringatan. What I give, I get back insyaAllah. Semoga Allah redha. Wallahua'lam. :)