Friday, 30 November 2012

Lain Orang, Lain Ujiannya.

Bismillahirrahmanirrahim.

"Aku punyai kelemahan. Aku bukan malaikat."

Akhir-akhir ini, ayat inilah yang sering terluah dari hati dan fikiran aku. To be honest, aku tidak suka orang melihat aku sebagai seorang yang 'terlalu sempurna'. I am not perfect and i can't be perfect. Aku manusia biasa yang sering terlupa dan selalu bersalah. Well, aku tahu, ayat ini bukan kunci untuk  aku terus membuat dosa. Tapi, ketahuilah insan-insan yang memandang terlalu tinggi pada diri ini, aku tidaklah sebaik yang kalian sangkakan. Aku masih dalam proses pengislahan. Aku masih berusaha untuk menjadi insan sebaik kalian. :)


Fikirkan.
Hidup ini tidak akan pernah sunyi dengan ujian. Bak kata Ustaz Majid, "emas pun, kalau nak tau tulen ke tak, kita kena bakar ia." Setiap muslim juga pasti akan 'dibakar'! Sama ada 'terbakar' atau 'terselamat', itu cerita kedua. Yang penting, hadapi ujian itu dengan sabar dan redha. Jika natijahnya adalah lulus dan cemerlang, Alhamdulillah. Jika gagal, ingatlah, setiap orang yang berdosa masih ada masa untuk bertaubat selagimana nyawa masih pada jasad dan matahari belum terbit dari barat. Tiada istilah 'terlambat' dalam bertaubat. Allahu Ghafur.

Bukankah hati ini fitrahnya berbolak-balik? Jadi, kalau kita rasa iman sekejap maju dan sekejap mundur, itu adalah perkara NORMAL. Ya, itu sangat normal. Cumanya, jangan sengaja membiarkan ia mundur dan futur. Perlu usaha memastikan ia sentiasa maju dan padu. Iman inilah kekuatan. Iman inilah kelebihan. Ia terlalu mutiara buat hati insan-insan yang bersyukur. :)



Allahu Allah.
Kisah silam itu terlalu banyak mengajar diri untuk menjadi insan yang benar-benar tabah. Tak semua orang faham apa yang aku lalui. Tak semua orang tahu apa yang aku rasai. Alhamdulillah, aku punya Allah yang sangat memahami dan sangat setia menemani hati ini dikala tiada sesiapa disisi.

Ketika diuji dulu, mungkin aku terlalu gembira dengan nikmat dunia sehingga lupa ianya bersifat sementara. Aku terlalu leka dan taksub pada manusia yang hadir disekelilingku. Aku lupa pada Pencipta. Lupa pada tanggungjawab aku sebagai muslim. Lupa pada insan-insan yang masih memerlukan 'orang yang faham'. Lupa pada segalanya. Akhirnya? Aku sedih. Sangat sedih. Sedih yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya insan yang faham akan memahami. Tapi, menyesal seumur hidup pun, perkara itu telah berlaku. Sekarang, aku cuma punyai hak untuk bertaubat dan memohon keampunanNya. Terlalu banyak yang ingin aku luahkan tentang masa laluku, tapi biarlah ia tersimpan untuk aku curahkan kepada Dia.

Lain orang, lain ujiannya kerana setiap orang punyai kemampuan yang berbeza.
Semoga Allah redha.


Tuesday, 13 November 2012

Curhat Aku.

Bismillahirrahmanirrahim.

"Jika boleh tidak memberitahu ibubapa untuk keluar ke mana-mana,tak mustahil untuk dia keluar sesuka hati bila dia jadi seorang suami/isteri."

Ayat ini aku copy dari twitter dan paste ke sini. Sungguh, aku benar-benar tersentak. Mungkin kerana terasa  ia ditujukan buat diriku. Ya Allah, ampunkan aku untuk rasa hati ini.

Aku bukan anak yang terlalu baik, dan aku mengakui itu. Aku agak nakal dan degil. Kadangkala aku melakukan perkara yang tidak sepatutnya seorang perempuan seperti aku lakukan. Aku sangat-sangat mengakui kesalahan itu.

Aku tidak sepatutnya terasa jikalau ia tidak benar. Tetapi aku sangat terasa. Kenapa ye? Yes, kerana aku jarang memberitahu ibubapa ku jika aku ingin kemana-mana. Aku akan memberitahu mereka setelah aku balik dari tempat yang aku tuju. Aku AKAN beritahu.

Well, semua orang mengidamkan untuk menjadi seorang jodoh yang terbaik buat pasangannya. Termasuk aku. Tapi, adakah aku mampu untuk menjadi pasangan yang baik jika terjadi seperti apa yang diperkatakan di atas? Entahlah. Hanya Allah yang tahu betapa aku berusaha untuk ubah perangai ini. Btw, syukran atas teguran. Semoga aku mampu jadi insan solehah. Allahumma ameen.

*Post ini hanya untuk meluah rasa. Semoga Allah ampunkan segala tersalah kata dan tersilap bicara.  

Ighfirli,Ya Ghafur :(

Bismillahirrahmanirrahim.


Allah. Allah. Allah.
Ighfir dzunubi, ya Allah. :'(
Sesungguhnya aku insan berdosa, insan yang sering mengharapkan rahmatMu dalam melakukan dosa kepadaMu, insan yang leka dan alpa dalam nikmat dunia, insan yang tidak mengendahkan matlamat hidup yang telah Engkau tetapkan. Ya Allah. :'(

Ya Allah.
Aku malu dan tersangat malu. Malu dengan diri sendiri yang masih memegang jahiliyah dalam diri. Malu dengan perbuatan yang aku lakukan dalam keadaan aku tahu ia salah. Malu dengan perlakuan yang mengabaikan perintahMu. Malu dengan kelekaan aku dalam menjaga kalamMu. Ampunkan aku, ya Tuhan. :'(

Ya Rabbana.
Telah banyak nikmatMu yang telah aku dustai. Telah banyak pemberianMu yang telah aku khianati. Telah banyak kurniaanMu yang telah aku kufuri. Masih ada ruangkah untuk aku kembali padaMu. Ampunkan khilafku, ya Allah. :'( 

Ya Ilahi,
Aku telah berjanji di alam ruh dahulu bahawa Kau sesungguhnya Tuhanku dan aku menyaksikannya. Tetapi di mana telah aku campakkan perjanjian itu? Bagaimana aku mampu meletakkan jahiliyah lebih tinggi daripadaMu? Mengapa aku telah lupa bahawa Engkau sesungguhnya Pencipta aku yang sepatutnya diagungkan lebih dari segalanya? Maafkan aku, ya Allah. :'(


Ya Allah.
Aku benar-benar tidak layak ke syurgaMu. Tetapi, aku tidak sanggup ke nerakaMu. Maka, Kau ampunkanlah dosa-dosa yang telah aku lalaikan selama ini. Sesungguhnya Kau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. :'(



:'(



Friday, 9 November 2012

Terima dan Redha

Bismillahirrahmanirrahim.

".....Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kadang-kadang apa yang kita tak pernah terfikir akan berlaku, berlaku jugak. Daripada kita kecik, tak pernah terfikir untuk sentiasa menyusahkan orang atau miskin harta atau selalu gagal dalam peperiksaan dan blablabla. Akhirnya, kita sentiasa gagal dalam peperiksaan, kekurangan harta, banyak menyusahkan orang.(Naudzubillah). Dan apa yang kita rasa?

Mungkin ada yang akan jawab hidup ni lifeless. Macam takde guna je hidup ni!! Dah la hidup menyusahkan orang, tak pandai pulak tu. Lepas tu, hutang sini sana. Bayar hutang dengan hutang. Hati selalu nak gelisah, rasa Allah tak sayang. Rasa Allah tak care langsung pasal kita. Rasa kita tak layak hidup kat dunia ni. Iman pun compang camping je, Apa yang boleh kita tunjuk kat Allah sebagai bukti kita hidup 'bertujuan'? Lebih baik mati je. Naudzubillah.

Tapi lupakah kita pada ayat Allah ini?

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, ' kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji?" (Al-Ankabut : 2)


Jika kita benar-benar orang yang beriman, maka Allah akan uji kita dengan bermacam-macam dugaan. So, bila banyak cabaran dan mehnah yang perlu kita lalui, sedarlah bahawa kita masih dipelihara Allah. Allah masih nak kita kuat dengan ujian yang Dia bagi. Allah kan Maha Mengetahui? Jadi, Dia bagi ujian pada kita sesuai dengan kekuatan yang kita ada. Makin kuat iman kita, makin besar ujiannya.

Okay, cuba bayangkan hidup kita tanpa ujian. Susahnya nak bayangkan!
Okay okay, bayangkan pembelajaran tanpa peperiksaan. Kita pergi sekolah dari darjah satu sampai darjah enam, tapi takde UPSR. Masuk sekolah menengah, belajar dari tingkatan satu sampai tiga, takde PMR, tingkatan empat dan lima, takde SPM. Agak-agak la kan, kalau kita tahu kita belajar banyak-banyak tapi takde exam langsung, kita nak ke belajar sungguh-sungguh? (Kalau aku la, memang takde la aku nak usaha sangat belajar. Bukan ada exam pun kan? Buang masa je. -.-)

Sama jugak dalam kes ni. Allah sediakan banyak exam, supaya kita berusaha belajar untuk terus jadi hambaNya yang soleh, hamba yang taat perintah dan hamba yang sedar akan matlamat hidupnya. Kalau lah Allah tak bagi ujian kat kita, mungkin kita akan terkontang-kanting hidup dalam 'syurga dunia' sampai tak sedar matlamat kita adalah akhirat. Nampak tak betapa pentingnya ujian Allah? :)


Subhanallah. :)


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...." (Al-Baqarah : 286)

Clean and clear! Terang-terang Allah dah jelaskan dalam kitab suciNya, Dia menguji seseorang mengikut kemampuan masing-masing. Maka, jika kita benar-benar orang beriman, mengapa perlu persoalkan 'kenapa ujian seberat ini yang ditimpakan atas diriku?' atau 'aku tidak sehebat orang lain, kenapa tidak Kau timpakan ujian ni pada orang yang lebih sesuai menerimanya?' dan sebagainya.

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.
Yakinlah pada Allah, Allah menentukan semuanya dengan ilmuNya yang tersangat luas dan tidak kita ketahui. Allah uji bukan untuk melemahkan tapi menguatkan. Allah uji tanda Dia sayang, bukan Dia benci. Allah uji insan-insan yang Dia pilih untuk kebaikan.

Ini buktinya :-

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Allah akan mengujinya dengan kesusahan." (Riwayat Al-Bukhari)

Nampak tak betapa beruntungnya orang-orang beriman ni? Betapa hebatnya kasih sayang Allah pada kita. Subhanallah. Alhamdulillah.:)
Maka kita perlu belajar untuk bersyukur dan redha dengan ketentuan Allah. Sedarlah segala yang Allah lakukan adalah untuk kemenangan kita di Hari Akhir nanti. Koreksi diri, hiasi peribadi. UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH! :)

Kata Penguat Diriku Yang Lemah.


*Tersentuh dengan ayat seorang insan soleh,
 "Jangan gadaikan hidup selamanya untuk kebahagiaan 60 tahun." :')


Thursday, 8 November 2012

Maafkan Aku, Teman


Bismillahirrahmanirrahim.

Hmm. :)

Maafkan aku sahabat.
Aku lupa, 
Ukhwah asasnya salamatussodri (berlapang dada),
Bukan hasad yang mencengkam diri,
Ukhwah membahagiakan,
Bukan menyiksakan,
Ukhwah menyelamatkan,
Bukan menyesatkan,
Dan,
Aku lupa,
Ukhwah mengingatkan,
Bukan mengalpakan.
Sesungguhnya aku lupa...

Maafkan aku ukhti,
Aku saudarimu yang lupa dan alpa,
Aku berukhwah bukan kerana nafsu,
Bukan juga ukhwahku palsu,
Tetapi dalam aku menyuburkan perhubungan,
Terkadang diuji dengan ujian dan dugaan,
Hingga menggoncang hati-hati yang ku sayangi,
Kerana khilaf diri yang alpa dan lupa,
matlamat ukhwah yang dibina...





"Ya Allah, jagalah ukhtiku ini dikala penjagaanku tidak sampai kepadanya, sayangi dia kala rasa sayangku tidak mampu merangkulnya dalaman dakapan yang nyata, perhatikan dia kala perhatianku tidak terangkum dalam kata yang sahaja. Kerana Kau punya segala yang ku tidak punya. Kerana ku ingin dia selalu menjadi temanku di dunia. Harapanku agar aku dapat bertemunya di syurgaMu nanti. Allahumma ameen.." 

*Uhibbuki fillah abadan abada <3


Monday, 5 November 2012

Aku Terima Nikahnya

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.
Hari ni Allah izinkan aku tak tidur lepas subuh. Alhamdulillah. Alhamdulillah. :)
Dah lama bertekad untuk tak tidur lepas subuh, tapi selalu kecundang. Tsk tsk.

Ok. Sebenarnya baru habis layan movie 'Aku terima nikahnya'. wohooo! Penat fefeeling bagai. Jiwang. Teringin nak kawen! K senyap. :D


ni gambar paling sopan kot. :)

Well, banyak lesson aku dapat daripada cerita ni, Alhamdulillah. Aku sebenarnya bukan jenis yang layan movie sangat. Boleh kira berapa kali aku tengok tv dalam sebulan. Al-maklumlah, aku takde Astro. Kalau ada pun, mungkin aku akan layan channel 611 je kot. Bagi aku channel tu paling best di dunia. :D

Aisyah, teruskan pada point yang kau nak sampaikan boleh? Cakap banyak! 
Ok, firstly, Arlisa dengan Johan kawen. Yeah, Alhamdulillah, first yang mereka nak sampaikan adalah cinta lepas kawen. Lepas walimah, mereka pergi sana sini, honeymoon, dating, blablabla together. Dah tak kesah la sebab dah halal kan. Walaupun sekadar lakonan. Kemudian, ada perjanjian mereka akan mengekalkan ikatan perkahwinan tu forever. Sweet. :)

Sampailah satu ketika, Johan terlibat dalam kemalangan. Dia koma sebulan. Lepas tu dia sedar Alhamdulillah. Tapi, dia tak dapat ingat sebahagian daripada kisah hidup dia sebelum tu. (Selective amnesia) Dia dapat ingat mama dan papa dia tapi tak dapat ingat Arlisa sebab diorang baru je pun kawen. Tapi, bila semua orang bagitau dia yang Arlisa is really his wife and his responsibility, dia terima jugak walaupun sesangat rasa terpaksa. Dia hidup satu rumah dengan Arlisa tapi rasa macam Arlisa adalah stranger dan dia rasa macam berkhalwat dengan Arlisa, Astaghfirullah. 

Bagi aku, tu adalah dugaan hebat buat Arlisa. Well, of course la, Arlisa sangat sayang Johan. Suami kot. So, Arlisa bertekad untuk berusaha memulihkan ingatan Johan. Dia bawak Johan kesana kesini, tempat kenangan diorang, the first place diorang jumpa, and so on. Tapi Johan tetap tak ingat and terus menerus layan Arlisa macam stranger. Allahuakbar. Kesian tengok Arlisa. Agaknya kalau aku ditempat dia, bagaimana ye? Huhu, naudzubillah. 

Ye, Arlisa sesangat tabah. Sampai satu masa, Johan terfikir untuk let her go. Ya Allah, what do you think, Johan? 

Sabda Rasulullah S.A.W. :"Perkara halal yang paling dimurkai Allah adalah talak." (Riwayat Abu Daud)

Bila Johan suarakan pendapat dia dekat Arlisa, Arlisa tak setuju sebab dia ingat janji mereka untuk sehidup semati. Tapi, yelah, Arlisa usaha punya usaha, tapi macam takde positive effect pun,macam nak give up pun ada. One day, dia balik rumah lambat, tetiba nampak, Suria (her bestfriend) dengan Johan dekat ruang tamu tengah macam berpegangan jugaklah. Well, it's just a misunderstanding, tapi perempuan mana yang tak pandang pelik bila ada perempuan lain dengan suami dekat ruang tamu rumah, pepegang pulak tu. Kalau aku ditempat dia, Allahuakbar, taktau apa aku akan buat. Huuu.

Lepas tu, Arlisa terus buat keputusan and cakap kat Johan supaya lepaskan dia. Johan tersenyum and cakap, 'mengalah jugak akhirnya.' Rasa nak sepak je dia time tu. K, aku pulak emo lebih. Pastu Lisa, balik rumah mak dia blablabla, and berdoa supaya dipeliharakan and so on. The end. Sampai situ je aku dapat tengok. ;(



Moral yang aku dapat,
1) Bercinta selepas nikah.
2) Still terima suami walaupun dia dah hilang ingatan sikit.
3) Usaha and tabah walaupun dilayan macam stranger oleh suami sendiri.
4) Senang dengar nasihat orang.
5) Tak tunjuk wajah tension depan suami walaupun hakikatnya sangat susah nak buat dia ingat balik.
6) Banyak berdoa dan bermohon pada Allah.

Happy ending! :)

*Post ni macam tah pape je. Rasa nak cerita tapi taktau sape yang sudi mendengar. So, menulis. :)


Khalifah kah aku?

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, Allah memanjangkan umurku hingga ke hari ini. Adakah kehidupan aku selama 19 tahun ini memberi banyak manfaat pada Islam? Atau lebih banyak memburukkan imej Islam yang sememangnya sudah cantik? Wallahua'lam, biarlah jawapan itu hanya Allah dan aku yang mengetahui. Yang pasti, aku tidak boleh selamanya bersuka-ria dengan kehidupan dunia.

"Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan....." (Al-hadid : 20)

Di atas adalah ayat Al-Quran yang kalau dijadikan hujah, ia adalah hujah yang paling kukuh! Fullstop!

Jadi, kalau dunia itu adalah permainan, maka yang hidup atas muka bumi ini pastinya adalah pemain. Siapakah? Ambil jari telunjuk, letak depan mata dan cakap kat diri sendiri, "Aku adalah pemainnya."

Yes, kita adalah pemain dalam permainan dunia. Dan mereka yang berjaya adalah mereka yang dapat memasuki syurga Allah. Subhanallah ganjaran terhebat, sebuah SYURGA. Kalau ditanyakan pada kanak-kanak, pilihlah antara dua, kamu mahu masuk syurga atau neraka? Confirm mereka akan menjawab syurga.
Jelas bukan? Syurga adalah tempat yang memang diidam-idamkan oleh setiap manusia.

Maka,untuk apa aku masih bermain-main berpanjangan, bercintan-cintun berterusan dan berhibur-hiburan berlebihan? Dush! Aku manusia yang terlalu alpa dan leka dengan nikmat Allah yang cuma sementara. Aku insan hina yang selalu memandang enteng pada arahan Yang Maha Esa. Melihat kebaikan dengan rasa kaku dan kelu. Dakwah entah ke mana, khalifah entah ke mana. Ya Allah, bagaimana agaknya keadaan aku di padang mahsyar kelak jika sikapku berterusan begini. (T_T)

Telah lupakah aku pada ayat Allah, "Aku ingin menjadikan khalifah di muka bumi ini." (Al-Baqarah : 30) dan "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu." (Adz-dzariyat : 56)? Telah lupakah aku pada tujuan asal Allah ciptakan aku didunia ini? Telah lupakah aku pada nikmat yang Allah berikan ini perlu digunakan untuk mematuhi kehendakNya? Sungguh, telah banyak nikmatMu yang telah aku dustakan. Ampunkan aku Ya Allah. ;(



Ya Allah, aku benar-benar insan hina. Layakkah aku ke syurgaMu ya Allah? Layakkah aku untuk mendapat syafaat kalamMu di akhirat kelak ya Allah? Layakkah aku untuk menjadi pemenang dalam permainan dunia ini ya Allah? Layakkah aku? Layakkah aku? T_T

Ya Allah,peganglah hati ini kembali. Thabatkanlah hati ini pada agamaMu dan ketaatan padaMu. Dan Aisyah, muhasabah tanpa tindakan tidak membawa apa-apa perubahan. Lihat semua punca sakitnya iman kau dan carilah jalan penyelesaian. Lari daripada masalah menunjukkan kau terlalu lembik menghadapi ujian Tuhan. Dan itu bukan ciri-ciri khalifah yang Islam mahukan. Booo me!

Aisyah. Aisyah. Aisyah.
Tingkatkan usaha untuk mengislahkan diri sendiri dan umat Muhammad yang lain.
Allahu yusahhil 'alaina insyaAllah. Semoga Allah redha. Aja aja fighting! :D



Allahumakhtim lana bihusnil khatimah, wala takhtim 'alaina bisuu il khatimah. Allahumma ameen.


Friday, 2 November 2012

Cinta Itu Fitrah

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah thummalhamdulillah. Masih diberi nafas untuk menghirup udaraNya.  :)

Untuk post kali ni, izinkan aku bercakap tentang CINTA.



"Jika dia bukan milikmu, maka Allah akan menghapus cinta diammu itu dengan memberi rasa yang lebih indah dengan orang yang lebih tepat."


Pernah aku terfikir, kenapa perlu ada cinta dalam hati ini? Ia terlalu susah untuk dikawal. Terlalu susah untuk menjadikan ia benar-benar berada di jalan yang sepatutnya ia berada. Terlalu susah untuk meletakkan ia di bawah redha Allah. Bukankah mudah kalau ianya tiada? Tak perlu aku bersusah-susah untuk insan lain, tak perlu selalu memikirkan mereka yang tidak selayaknya aku fikirkan dan tak perlu men'dosa'kan diri mengikut hawa nafsu.

Tapi bagaimana pula perjalanan hidup ini jika cinta tidak pernah wujud dalam diri? Bukankah cinta itu kasih sayang yang secara fitrahnya ada dalam hidup manusia,mana mungkin aku mampu nafikan kehadiran cinta itu. Akhirnya,aku terima, cinta itu sememangnya perlu ada dan akan selamanya ada. Cuma,perlu peka dengan cara untuk aku mengawal cinta itu. :)



Cinta itu sebenarnya indah. Dan akan selalu indah jika sentiasa berada dalam landasan redha Allah. Bak kata akh Hilal Asyraf, "Tidak dinamakan cinta jika ianya membawa kita ke neraka." Bukankah neraka itu tidak indah? Bukankah orang-orang yang dicampakkan ke neraka tidak diredhai Allah? (Takutnya ya Allah. T_T ) Maka,aku perlu lebih berhati-hati dalam membawa cinta. Perlu pastikan cinta aku kepada manusia tak membawa aku jauh dari Allah Azza Wa Jalla. Ye, perlu begitu.

Ya Allah,aku terlalu lemah dalam segalanya, aku memohon kekuatan untuk aku terus teguh berdiri memegang kalamMu.

Terkadang, terasa ingin mengabaikan segala perjuangan dan kepahitan, supaya aku dapat melayan segala keinginan cinta sampai aku rasa puas. Tapi iman cepat cepat menyedarkan aku, hidup didunia cuma sementara. Bekalan apakah yang aku ada untuk tunjuk dihadapan Allah kelak? Jika dengan bekalan cinta yang sia-sia ini, sememangnya tidak akan dilayan. Maka, aku bertekad, dengan rasa cinta yang Allah cipta dalam diri ini, aku perlu bangkit dan gunakan ia dalam perjuanganku sebagai khalifah untuk mencapai redha Allah supaya cinta yang Dia hadirkan ini benar-benar bermakna. InsyaAllah. AISYAH BOLEH! :-D



Ya Allah, andai hari ini Kau telah mengizinkan aku mencintai seseorang, benarkan dia terus kekal dalam hati ini selagimana Kau redha dengan cinta ini. Andainya cinta ini membawa aku jauh daripadaMu, maka Kau peganglah aku kembali agar aku tidak terus menerus terpesong dari jalanMu. Allahumma ameen.