Alhamdulillah.
Hari ni Allah izinkan aku tak tidur lepas subuh. Alhamdulillah. Alhamdulillah. :)
Dah lama bertekad untuk tak tidur lepas subuh, tapi selalu kecundang. Tsk tsk.
Ok. Sebenarnya baru habis layan movie 'Aku terima nikahnya'. wohooo! Penat fefeeling bagai. Jiwang.
![]() |
| ni gambar paling sopan kot. :) |
Well, banyak lesson aku dapat daripada cerita ni, Alhamdulillah. Aku sebenarnya bukan jenis yang layan movie sangat. Boleh kira berapa kali aku tengok tv dalam sebulan. Al-maklumlah, aku takde Astro. Kalau ada pun, mungkin aku akan layan channel 611 je kot. Bagi aku channel tu paling best di dunia. :D
Aisyah, teruskan pada point yang kau nak sampaikan boleh? Cakap banyak!
Ok, firstly, Arlisa dengan Johan kawen. Yeah, Alhamdulillah, first yang mereka nak sampaikan adalah cinta lepas kawen. Lepas walimah, mereka pergi sana sini, honeymoon, dating, blablabla together. Dah tak kesah la sebab dah halal kan. Walaupun sekadar lakonan. Kemudian, ada perjanjian mereka akan mengekalkan ikatan perkahwinan tu forever. Sweet. :)
Sampailah satu ketika, Johan terlibat dalam kemalangan. Dia koma sebulan. Lepas tu dia sedar Alhamdulillah. Tapi, dia tak dapat ingat sebahagian daripada kisah hidup dia sebelum tu. (Selective amnesia) Dia dapat ingat mama dan papa dia tapi tak dapat ingat Arlisa sebab diorang baru je pun kawen. Tapi, bila semua orang bagitau dia yang Arlisa is really his wife and his responsibility, dia terima jugak walaupun sesangat rasa terpaksa. Dia hidup satu rumah dengan Arlisa tapi rasa macam Arlisa adalah stranger dan dia rasa macam berkhalwat dengan Arlisa, Astaghfirullah.
Bagi aku, tu adalah dugaan hebat buat Arlisa. Well, of course la, Arlisa sangat sayang Johan. Suami kot. So, Arlisa bertekad untuk berusaha memulihkan ingatan Johan. Dia bawak Johan kesana kesini, tempat kenangan diorang, the first place diorang jumpa, and so on. Tapi Johan tetap tak ingat and terus menerus layan Arlisa macam stranger. Allahuakbar. Kesian tengok Arlisa. Agaknya kalau aku ditempat dia, bagaimana ye? Huhu, naudzubillah.
Ye, Arlisa sesangat tabah. Sampai satu masa, Johan terfikir untuk let her go. Ya Allah, what do you think, Johan?
Sabda Rasulullah S.A.W. :"Perkara halal yang paling dimurkai Allah adalah talak." (Riwayat Abu Daud)
Bila Johan suarakan pendapat dia dekat Arlisa, Arlisa tak setuju sebab dia ingat janji mereka untuk sehidup semati. Tapi, yelah, Arlisa usaha punya usaha, tapi macam takde positive effect pun,macam nak give up pun ada. One day, dia balik rumah lambat, tetiba nampak, Suria (her bestfriend) dengan Johan dekat ruang tamu tengah macam berpegangan jugaklah. Well, it's just a misunderstanding, tapi perempuan mana yang tak pandang pelik bila ada perempuan lain dengan suami dekat ruang tamu rumah, pepegang pulak tu. Kalau aku ditempat dia, Allahuakbar, taktau apa aku akan buat. Huuu.
Lepas tu, Arlisa terus buat keputusan and cakap kat Johan supaya lepaskan dia. Johan tersenyum and cakap, 'mengalah jugak akhirnya.' Rasa nak sepak je dia time tu. K, aku pulak emo lebih. Pastu Lisa, balik rumah mak dia blablabla, and berdoa supaya dipeliharakan and so on. The end. Sampai situ je aku dapat tengok. ;(
Moral yang aku dapat,
1) Bercinta selepas nikah.
2) Still terima suami walaupun dia dah hilang ingatan sikit.
3) Usaha and tabah walaupun dilayan macam stranger oleh suami sendiri.
4) Senang dengar nasihat orang.
5) Tak tunjuk wajah tension depan suami walaupun hakikatnya sangat susah nak buat dia ingat balik.
6) Banyak berdoa dan bermohon pada Allah.
Happy ending! :)
*Post ni macam tah pape je. Rasa nak cerita tapi taktau sape yang sudi mendengar. So, menulis. :)


No comments:
Post a Comment