".....Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)
Kadang-kadang apa yang kita tak pernah terfikir akan berlaku, berlaku jugak. Daripada kita kecik, tak pernah terfikir untuk sentiasa menyusahkan orang atau miskin harta atau selalu gagal dalam peperiksaan dan blablabla. Akhirnya, kita sentiasa gagal dalam peperiksaan, kekurangan harta, banyak menyusahkan orang.(Naudzubillah). Dan apa yang kita rasa?
Mungkin ada yang akan jawab hidup ni lifeless. Macam takde guna je hidup ni!! Dah la hidup menyusahkan orang, tak pandai pulak tu. Lepas tu, hutang sini sana. Bayar hutang dengan hutang. Hati selalu nak gelisah, rasa Allah tak sayang. Rasa Allah tak care langsung pasal kita. Rasa kita tak layak hidup kat dunia ni. Iman pun compang camping je, Apa yang boleh kita tunjuk kat Allah sebagai bukti kita hidup 'bertujuan'? Lebih baik mati je.
Tapi lupakah kita pada ayat Allah ini?
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, ' kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji?" (Al-Ankabut : 2)
Jika kita benar-benar orang yang beriman, maka Allah akan uji kita dengan bermacam-macam dugaan. So, bila banyak cabaran dan mehnah yang perlu kita lalui, sedarlah bahawa kita masih dipelihara Allah. Allah masih nak kita kuat dengan ujian yang Dia bagi. Allah kan Maha Mengetahui? Jadi, Dia bagi ujian pada kita sesuai dengan kekuatan yang kita ada. Makin kuat iman kita, makin besar ujiannya.
Okay, cuba bayangkan hidup kita tanpa ujian.
Okay okay, bayangkan pembelajaran tanpa peperiksaan. Kita pergi sekolah dari darjah satu sampai darjah enam, tapi takde UPSR. Masuk sekolah menengah, belajar dari tingkatan satu sampai tiga, takde PMR, tingkatan empat dan lima, takde SPM. Agak-agak la kan, kalau kita tahu kita belajar banyak-banyak tapi takde exam langsung, kita nak ke belajar sungguh-sungguh? (Kalau aku la, memang takde la aku nak usaha sangat belajar. Bukan ada exam pun kan? Buang masa je. -.-)
Sama jugak dalam kes ni. Allah sediakan banyak exam, supaya kita berusaha belajar untuk terus jadi hambaNya yang soleh, hamba yang taat perintah dan hamba yang sedar akan matlamat hidupnya. Kalau lah Allah tak bagi ujian kat kita, mungkin kita akan terkontang-kanting hidup dalam 'syurga dunia' sampai tak sedar matlamat kita adalah akhirat. Nampak tak betapa pentingnya ujian Allah? :)
![]() |
| Subhanallah. :) |
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...." (Al-Baqarah : 286)
Clean and clear! Terang-terang Allah dah jelaskan dalam kitab suciNya, Dia menguji seseorang mengikut kemampuan masing-masing. Maka, jika kita benar-benar orang beriman, mengapa perlu persoalkan 'kenapa ujian seberat ini yang ditimpakan atas diriku?' atau 'aku tidak sehebat orang lain, kenapa tidak Kau timpakan ujian ni pada orang yang lebih sesuai menerimanya?' dan sebagainya.
Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.
Yakinlah pada Allah, Allah menentukan semuanya dengan ilmuNya yang tersangat luas dan tidak kita ketahui. Allah uji bukan untuk melemahkan tapi menguatkan. Allah uji tanda Dia sayang, bukan Dia benci. Allah uji insan-insan yang Dia pilih untuk kebaikan.
Ini buktinya :-
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Allah akan mengujinya dengan kesusahan." (Riwayat Al-Bukhari)
Nampak tak betapa beruntungnya orang-orang beriman ni? Betapa hebatnya kasih sayang Allah pada kita. Subhanallah. Alhamdulillah.:)
Maka kita perlu belajar untuk bersyukur dan redha dengan ketentuan Allah. Sedarlah segala yang Allah lakukan adalah untuk kemenangan kita di Hari Akhir nanti. Koreksi diri, hiasi peribadi. UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH! :)
![]() |
| Kata Penguat Diriku Yang Lemah. |
"Jangan gadaikan hidup selamanya untuk kebahagiaan 60 tahun." :')


yeah! org mu'min, jiwa kena besar, hati kena kental, tak gitu? :D
ReplyDeletePandai pun. Alhamdulillah :)
ReplyDelete