Monday, 5 November 2012

Khalifah kah aku?

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, Allah memanjangkan umurku hingga ke hari ini. Adakah kehidupan aku selama 19 tahun ini memberi banyak manfaat pada Islam? Atau lebih banyak memburukkan imej Islam yang sememangnya sudah cantik? Wallahua'lam, biarlah jawapan itu hanya Allah dan aku yang mengetahui. Yang pasti, aku tidak boleh selamanya bersuka-ria dengan kehidupan dunia.

"Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan....." (Al-hadid : 20)

Di atas adalah ayat Al-Quran yang kalau dijadikan hujah, ia adalah hujah yang paling kukuh! Fullstop!

Jadi, kalau dunia itu adalah permainan, maka yang hidup atas muka bumi ini pastinya adalah pemain. Siapakah? Ambil jari telunjuk, letak depan mata dan cakap kat diri sendiri, "Aku adalah pemainnya."

Yes, kita adalah pemain dalam permainan dunia. Dan mereka yang berjaya adalah mereka yang dapat memasuki syurga Allah. Subhanallah ganjaran terhebat, sebuah SYURGA. Kalau ditanyakan pada kanak-kanak, pilihlah antara dua, kamu mahu masuk syurga atau neraka? Confirm mereka akan menjawab syurga.
Jelas bukan? Syurga adalah tempat yang memang diidam-idamkan oleh setiap manusia.

Maka,untuk apa aku masih bermain-main berpanjangan, bercintan-cintun berterusan dan berhibur-hiburan berlebihan? Dush! Aku manusia yang terlalu alpa dan leka dengan nikmat Allah yang cuma sementara. Aku insan hina yang selalu memandang enteng pada arahan Yang Maha Esa. Melihat kebaikan dengan rasa kaku dan kelu. Dakwah entah ke mana, khalifah entah ke mana. Ya Allah, bagaimana agaknya keadaan aku di padang mahsyar kelak jika sikapku berterusan begini. (T_T)

Telah lupakah aku pada ayat Allah, "Aku ingin menjadikan khalifah di muka bumi ini." (Al-Baqarah : 30) dan "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu." (Adz-dzariyat : 56)? Telah lupakah aku pada tujuan asal Allah ciptakan aku didunia ini? Telah lupakah aku pada nikmat yang Allah berikan ini perlu digunakan untuk mematuhi kehendakNya? Sungguh, telah banyak nikmatMu yang telah aku dustakan. Ampunkan aku Ya Allah. ;(



Ya Allah, aku benar-benar insan hina. Layakkah aku ke syurgaMu ya Allah? Layakkah aku untuk mendapat syafaat kalamMu di akhirat kelak ya Allah? Layakkah aku untuk menjadi pemenang dalam permainan dunia ini ya Allah? Layakkah aku? Layakkah aku? T_T

Ya Allah,peganglah hati ini kembali. Thabatkanlah hati ini pada agamaMu dan ketaatan padaMu. Dan Aisyah, muhasabah tanpa tindakan tidak membawa apa-apa perubahan. Lihat semua punca sakitnya iman kau dan carilah jalan penyelesaian. Lari daripada masalah menunjukkan kau terlalu lembik menghadapi ujian Tuhan. Dan itu bukan ciri-ciri khalifah yang Islam mahukan. Booo me!

Aisyah. Aisyah. Aisyah.
Tingkatkan usaha untuk mengislahkan diri sendiri dan umat Muhammad yang lain.
Allahu yusahhil 'alaina insyaAllah. Semoga Allah redha. Aja aja fighting! :D



Allahumakhtim lana bihusnil khatimah, wala takhtim 'alaina bisuu il khatimah. Allahumma ameen.


3 comments: