Bismillahirrahmanirrahim.
"Jika boleh tidak memberitahu ibubapa untuk keluar ke mana-mana,tak mustahil untuk dia keluar sesuka hati bila dia jadi seorang suami/isteri."
Ayat ini aku copy dari twitter dan paste ke sini. Sungguh, aku benar-benar tersentak. Mungkin kerana terasa ia ditujukan buat diriku. Ya Allah, ampunkan aku untuk rasa hati ini.
Aku bukan anak yang terlalu baik, dan aku mengakui itu. Aku agak nakal dan degil. Kadangkala aku melakukan perkara yang tidak sepatutnya seorang perempuan seperti aku lakukan. Aku sangat-sangat mengakui kesalahan itu.
Aku tidak sepatutnya terasa jikalau ia tidak benar. Tetapi aku sangat terasa. Kenapa ye? Yes, kerana aku jarang memberitahu ibubapa ku jika aku ingin kemana-mana. Aku akan memberitahu mereka setelah aku balik dari tempat yang aku tuju. Aku AKAN beritahu.
Well, semua orang mengidamkan untuk menjadi seorang jodoh yang terbaik buat pasangannya. Termasuk aku. Tapi, adakah aku mampu untuk menjadi pasangan yang baik jika terjadi seperti apa yang diperkatakan di atas? Entahlah. Hanya Allah yang tahu betapa aku berusaha untuk ubah perangai ini. Btw, syukran atas teguran. Semoga aku mampu jadi insan solehah. Allahumma ameen.
*Post ini hanya untuk meluah rasa. Semoga Allah ampunkan segala tersalah kata dan tersilap bicara.
No comments:
Post a Comment