Friday 5 July 2013

Quality Time :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Allahu Allah.

Hari yang sangat memenatkan.
Bermula daripada perjalanan ke usrah. Takde transport untuk ke LRT station. Kena jalan kaki. Pastu, sepatutnya kena sampai di KTM Shah Alam pukul 10.30am, aku sampai pukul 11.30am. Lambat okayy! Ohh ye, usrah di Taman Botani, Shah Alam. Tehee :)
Okay, sesampai kat sana semua, ada pengisian segala bagai sampai pukul 2++, then solat, makan, 3.28pm bergerak ke KTM. Terpaksa balik awal memandangkan umi perlukan assistant di Kumon. Tak sempat nak naik basikal, masuk rumah 4 musim, main kuda, sedih! Then, balik naik KTM + LRT sampai Pandan Jaya, takde transport nak ke Kumon. Try tanya teksi, semua taknak amek sebab nak ke tempat lain.(Hoi! Aku nak bagi duit kot!) Okay lepas beberapa teksi taknak terima, kembali menggunakan tenaga muda. Jalan kaki sampai rumah, setelkan solat segala bagai. Sambung perjalanan ke Kumon. Bekerja sampai pukul 10.00pm. Pfft... Pengsan..

Okay inilah cerita hari ini.

Ada orang cakap,"Shah Alam memang jauh. Sebab tu kita tak faham pahal awak nak pegi jejauh gitu".
Sebabnya gini, aku suka masa masa bersama akhawat. Walaupun mungkin aku hanya senyap membisu, diam dan kelu, tapi hati ini terasa 'basah'. For me, it's a quality time. Ahh! Tak reti nak cakap macamana. Mungkin pada orang lain, aku ni terlalu membazir, bayar duit transport sana sini, wasting time, tapi bukan semua orang mempunyai cara 'basah' yang sama. Boleh faham ke? Haha.

Walaupun perjalanan hari ni mengambil masa 4 jam dan pengisian 2 jam cuma, Alhamdulillah thummalhamdulillah, aku bersyukur diizinkan Allah bertadabbur, bermuayashah, bertarbiyah, bersolat jemaah, bermakan jemaah, bersalam cium pipi dengan akhawatsss yang mungkin orang lain teringin sangat nak lakukan tapi kerana kekangan masa, mereka tak mampu nak buat. Yeah, bukankah amal yang sedikit tapi istiqamah itu lebih baik daripada amal yang banyak tapi hampeh? Kaitannya, bukankah 2 jam yang sedikit tapi dapat something dan amal itu lebih baik daripada tarbiyah lebih 4 jam tapi keluar balik daripada otak bagai mencurah curah ke dalam gandum? Boleh tak nak kaitkan gitu? Moga faham. (>.<)

Last but not least, wasilah untuk 'membasahkan' setiap hati dan diri lain lain. Wallahua'lam :)
















Saturday 20 April 2013

Sahabat Akhirat

Bismillahirrahmanirrahim.

~Bila sendirian fikiranku buntu mengingati dirimu. Dikau tiada lagi disisiku, hatiku bertambah pilu. Kasih, kau inspirasiku. Kau mengajarku erti kehidupan ini. Takkan ku lupakan nasihat ini kerana ianya berguna untukku.~

RINDU.
Aku rindu kenangan bersama kau dulu. 
Aku rindu nasihat kau padaku dulu.
Aku rindu berjiran katil dengan kau dulu.
Aku rindu ber'curhat' dengan kau dulu.
Aku rindu saat kau menarik aku bangun setelah terjatuh dulu.
Rindu. Sangat rindu.

Sekarang kita jauh. Kau di Mesir, aku di Malaysia.
Sedih bila berjauhan. 
Sedih bila aku rindu kau, tapi aku tak mampu untuk tunjukkan rindu tu.
Sedih bila aku tahu kau ada masalah, tapi aku hanya tahu dan tak mampu membantu.
Sedih bila aku rasa aku hanya sahabat kosong, bukan sahabat iman.
Sedih. Sangat sedih.

Awak, moga tabah disana.
Bila awak balik sini, bagitau saya. 
Saya janji akan usaha untuk jumpa awak.
Moga najah dalam peperiksaan.
Moga najah menjaga iman.
Moga najah mengharungi ujian.
Moga najah mengulang Quran.
Moga najah memelihara hak Tuhan.

Aku tulis kerana aku rindu.
Nur Amalin Shafirah Binti Tuan Mahadi.

Sunday 10 February 2013

Problem? Lariiii !!!

Bismillahirrahmanirrahim.


Penat. Sangat penat. 
Akhir-akhir ini aku benar-benar rasa teruji dengan masalah dunia. Teruji dengan masalah ukhuwah. Teruji dengan banyak perkara yang bagi aku cukup remeh, tetapi aku perlu besarkan untuk menjadikan ia bukan lagi satu masalah. Buntu.
  
"Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan....."
(Al-Hadid : 20)

Ya Allah, benar-benarkah aku kuat menghadapi ujian dan permainan dunia ini. Dan, Dia berkata lagi,

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."
(Al-Baqarah : 286)

Ayat demi ayat. Dia benar benar sangat menenangkan. Aku cuma perlu kuat. Aku cuma perlu berubah. Berubah menjadi seorang yang lebih matang dan professional dalam menyelesaikan masalah.

 Masalah datang bukan untuk menakut-nakutkan kita dan menyebabkan kita bertempiaran lari sejuta batu demi mengelakkan diri daripada dikejar masalah, tapi dia datang dengan arahanNya untuk kita belajar sesuatu. Ke mana-mana pun kita pergi, masalah pasti bertandang selagi mana kita masih ingin menjadi seorang manusia beriman.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'Kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji?"
(Al-Ankabut : 2)

Maka, apabila diuji, aku sendiri perlu ada perubahan. Perlu ada improvement setiap hari. Perlu menjadi umat Islam yang sentiasa boleh. Bukan hanya melihat masalah dengan mata yang basah, tetapi melihat masalah dengan mata yang penuh hikmah.

Jika bermasalah ukhuwah, maka lihat salah diri sendiri sebelum menuding jari menyalahkan orang lain. Jika bermasalah dalam mendapatkan rezeki, lihat banyak mana kita memberi sebelum menerima dariNya. Jika bermasalah dalam hubungan kita dengan ibubapa, lihat bagaimana hubungan kita dengan Allah.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri."
(Ar-Ra'd : 11)

Sebelum kita menginginkan masalah itu berubah menjadi hikmah yang dapat dilihat dengan mata kasar, kita perlu mulakan perubahan. Bukan esok. Bukan minggu depan. Bukan bulan depan mahupun tahun depan. Tapi, SEKARANG !

Yes, berubah. 
Dekatkan hati kembali pada Allah. 
Pelihara masa 'dating' dengan Allah.
Hidup dengan memberi manfaat,
jika benar-benar inginkan syafaat.


STRIVE FOR MARDHATILLAH! :)



Friday 4 January 2013

Ukhuwah ini bahagia

Bismillahirrahmanirrahim.

*Sapu sesawang, dan sarang labah-labah*

Lama juga rupanya aku tak meng'hapdet' blog yang satu ini. Lama juga rupanya aku memendam rasa seorang diri. Tapi, aku sedar, aku masih punya Allah yang sentiasa disisi. Alhamdulillah :)

BAHAGIA.
Cukuplah dengan perkataan yang satu ini, sudah membaluti segala apa yang aku rasa. Aku bahagia mengenali mereka yang berbeza fikrah. Aku bahagia mengenali mereka yang berlainan perangai. Aku juga bahagia memahami mereka yang tidak-sama-rasa-hati denganku. Allah, ukhuwah itu sangat indah. Aku temui berbagai jenis manusia, beragam-ragam orang ku jumpa, bermacam juga rasa yang ada. Geram, gembira, sakit hati, riang ceria. Allahu Allah. Terlalu banyak untuk ku ceritakan. Hakikatnya aku bahagia dengan ukhuwah yang Kau kenalkan pada kami. :)

Ya Allah.
Ini pintaku. Dengan siapapun aku bertemu, dengan siapapun aku berpisah, benarkanlah ia terpaut dalam rahmat dan kasih sayangMu. Redhai kami, ya Rabbi.

Aku sayang Allah.

Friday 30 November 2012

Lain Orang, Lain Ujiannya.

Bismillahirrahmanirrahim.

"Aku punyai kelemahan. Aku bukan malaikat."

Akhir-akhir ini, ayat inilah yang sering terluah dari hati dan fikiran aku. To be honest, aku tidak suka orang melihat aku sebagai seorang yang 'terlalu sempurna'. I am not perfect and i can't be perfect. Aku manusia biasa yang sering terlupa dan selalu bersalah. Well, aku tahu, ayat ini bukan kunci untuk  aku terus membuat dosa. Tapi, ketahuilah insan-insan yang memandang terlalu tinggi pada diri ini, aku tidaklah sebaik yang kalian sangkakan. Aku masih dalam proses pengislahan. Aku masih berusaha untuk menjadi insan sebaik kalian. :)


Fikirkan.
Hidup ini tidak akan pernah sunyi dengan ujian. Bak kata Ustaz Majid, "emas pun, kalau nak tau tulen ke tak, kita kena bakar ia." Setiap muslim juga pasti akan 'dibakar'! Sama ada 'terbakar' atau 'terselamat', itu cerita kedua. Yang penting, hadapi ujian itu dengan sabar dan redha. Jika natijahnya adalah lulus dan cemerlang, Alhamdulillah. Jika gagal, ingatlah, setiap orang yang berdosa masih ada masa untuk bertaubat selagimana nyawa masih pada jasad dan matahari belum terbit dari barat. Tiada istilah 'terlambat' dalam bertaubat. Allahu Ghafur.

Bukankah hati ini fitrahnya berbolak-balik? Jadi, kalau kita rasa iman sekejap maju dan sekejap mundur, itu adalah perkara NORMAL. Ya, itu sangat normal. Cumanya, jangan sengaja membiarkan ia mundur dan futur. Perlu usaha memastikan ia sentiasa maju dan padu. Iman inilah kekuatan. Iman inilah kelebihan. Ia terlalu mutiara buat hati insan-insan yang bersyukur. :)



Allahu Allah.
Kisah silam itu terlalu banyak mengajar diri untuk menjadi insan yang benar-benar tabah. Tak semua orang faham apa yang aku lalui. Tak semua orang tahu apa yang aku rasai. Alhamdulillah, aku punya Allah yang sangat memahami dan sangat setia menemani hati ini dikala tiada sesiapa disisi.

Ketika diuji dulu, mungkin aku terlalu gembira dengan nikmat dunia sehingga lupa ianya bersifat sementara. Aku terlalu leka dan taksub pada manusia yang hadir disekelilingku. Aku lupa pada Pencipta. Lupa pada tanggungjawab aku sebagai muslim. Lupa pada insan-insan yang masih memerlukan 'orang yang faham'. Lupa pada segalanya. Akhirnya? Aku sedih. Sangat sedih. Sedih yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya insan yang faham akan memahami. Tapi, menyesal seumur hidup pun, perkara itu telah berlaku. Sekarang, aku cuma punyai hak untuk bertaubat dan memohon keampunanNya. Terlalu banyak yang ingin aku luahkan tentang masa laluku, tapi biarlah ia tersimpan untuk aku curahkan kepada Dia.

Lain orang, lain ujiannya kerana setiap orang punyai kemampuan yang berbeza.
Semoga Allah redha.


Tuesday 13 November 2012

Curhat Aku.

Bismillahirrahmanirrahim.

"Jika boleh tidak memberitahu ibubapa untuk keluar ke mana-mana,tak mustahil untuk dia keluar sesuka hati bila dia jadi seorang suami/isteri."

Ayat ini aku copy dari twitter dan paste ke sini. Sungguh, aku benar-benar tersentak. Mungkin kerana terasa  ia ditujukan buat diriku. Ya Allah, ampunkan aku untuk rasa hati ini.

Aku bukan anak yang terlalu baik, dan aku mengakui itu. Aku agak nakal dan degil. Kadangkala aku melakukan perkara yang tidak sepatutnya seorang perempuan seperti aku lakukan. Aku sangat-sangat mengakui kesalahan itu.

Aku tidak sepatutnya terasa jikalau ia tidak benar. Tetapi aku sangat terasa. Kenapa ye? Yes, kerana aku jarang memberitahu ibubapa ku jika aku ingin kemana-mana. Aku akan memberitahu mereka setelah aku balik dari tempat yang aku tuju. Aku AKAN beritahu.

Well, semua orang mengidamkan untuk menjadi seorang jodoh yang terbaik buat pasangannya. Termasuk aku. Tapi, adakah aku mampu untuk menjadi pasangan yang baik jika terjadi seperti apa yang diperkatakan di atas? Entahlah. Hanya Allah yang tahu betapa aku berusaha untuk ubah perangai ini. Btw, syukran atas teguran. Semoga aku mampu jadi insan solehah. Allahumma ameen.

*Post ini hanya untuk meluah rasa. Semoga Allah ampunkan segala tersalah kata dan tersilap bicara.  

Ighfirli,Ya Ghafur :(

Bismillahirrahmanirrahim.


Allah. Allah. Allah.
Ighfir dzunubi, ya Allah. :'(
Sesungguhnya aku insan berdosa, insan yang sering mengharapkan rahmatMu dalam melakukan dosa kepadaMu, insan yang leka dan alpa dalam nikmat dunia, insan yang tidak mengendahkan matlamat hidup yang telah Engkau tetapkan. Ya Allah. :'(

Ya Allah.
Aku malu dan tersangat malu. Malu dengan diri sendiri yang masih memegang jahiliyah dalam diri. Malu dengan perbuatan yang aku lakukan dalam keadaan aku tahu ia salah. Malu dengan perlakuan yang mengabaikan perintahMu. Malu dengan kelekaan aku dalam menjaga kalamMu. Ampunkan aku, ya Tuhan. :'(

Ya Rabbana.
Telah banyak nikmatMu yang telah aku dustai. Telah banyak pemberianMu yang telah aku khianati. Telah banyak kurniaanMu yang telah aku kufuri. Masih ada ruangkah untuk aku kembali padaMu. Ampunkan khilafku, ya Allah. :'( 

Ya Ilahi,
Aku telah berjanji di alam ruh dahulu bahawa Kau sesungguhnya Tuhanku dan aku menyaksikannya. Tetapi di mana telah aku campakkan perjanjian itu? Bagaimana aku mampu meletakkan jahiliyah lebih tinggi daripadaMu? Mengapa aku telah lupa bahawa Engkau sesungguhnya Pencipta aku yang sepatutnya diagungkan lebih dari segalanya? Maafkan aku, ya Allah. :'(


Ya Allah.
Aku benar-benar tidak layak ke syurgaMu. Tetapi, aku tidak sanggup ke nerakaMu. Maka, Kau ampunkanlah dosa-dosa yang telah aku lalaikan selama ini. Sesungguhnya Kau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. :'(



:'(