Friday, 30 November 2012

Lain Orang, Lain Ujiannya.

Bismillahirrahmanirrahim.

"Aku punyai kelemahan. Aku bukan malaikat."

Akhir-akhir ini, ayat inilah yang sering terluah dari hati dan fikiran aku. To be honest, aku tidak suka orang melihat aku sebagai seorang yang 'terlalu sempurna'. I am not perfect and i can't be perfect. Aku manusia biasa yang sering terlupa dan selalu bersalah. Well, aku tahu, ayat ini bukan kunci untuk  aku terus membuat dosa. Tapi, ketahuilah insan-insan yang memandang terlalu tinggi pada diri ini, aku tidaklah sebaik yang kalian sangkakan. Aku masih dalam proses pengislahan. Aku masih berusaha untuk menjadi insan sebaik kalian. :)


Fikirkan.
Hidup ini tidak akan pernah sunyi dengan ujian. Bak kata Ustaz Majid, "emas pun, kalau nak tau tulen ke tak, kita kena bakar ia." Setiap muslim juga pasti akan 'dibakar'! Sama ada 'terbakar' atau 'terselamat', itu cerita kedua. Yang penting, hadapi ujian itu dengan sabar dan redha. Jika natijahnya adalah lulus dan cemerlang, Alhamdulillah. Jika gagal, ingatlah, setiap orang yang berdosa masih ada masa untuk bertaubat selagimana nyawa masih pada jasad dan matahari belum terbit dari barat. Tiada istilah 'terlambat' dalam bertaubat. Allahu Ghafur.

Bukankah hati ini fitrahnya berbolak-balik? Jadi, kalau kita rasa iman sekejap maju dan sekejap mundur, itu adalah perkara NORMAL. Ya, itu sangat normal. Cumanya, jangan sengaja membiarkan ia mundur dan futur. Perlu usaha memastikan ia sentiasa maju dan padu. Iman inilah kekuatan. Iman inilah kelebihan. Ia terlalu mutiara buat hati insan-insan yang bersyukur. :)



Allahu Allah.
Kisah silam itu terlalu banyak mengajar diri untuk menjadi insan yang benar-benar tabah. Tak semua orang faham apa yang aku lalui. Tak semua orang tahu apa yang aku rasai. Alhamdulillah, aku punya Allah yang sangat memahami dan sangat setia menemani hati ini dikala tiada sesiapa disisi.

Ketika diuji dulu, mungkin aku terlalu gembira dengan nikmat dunia sehingga lupa ianya bersifat sementara. Aku terlalu leka dan taksub pada manusia yang hadir disekelilingku. Aku lupa pada Pencipta. Lupa pada tanggungjawab aku sebagai muslim. Lupa pada insan-insan yang masih memerlukan 'orang yang faham'. Lupa pada segalanya. Akhirnya? Aku sedih. Sangat sedih. Sedih yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya insan yang faham akan memahami. Tapi, menyesal seumur hidup pun, perkara itu telah berlaku. Sekarang, aku cuma punyai hak untuk bertaubat dan memohon keampunanNya. Terlalu banyak yang ingin aku luahkan tentang masa laluku, tapi biarlah ia tersimpan untuk aku curahkan kepada Dia.

Lain orang, lain ujiannya kerana setiap orang punyai kemampuan yang berbeza.
Semoga Allah redha.


No comments:

Post a Comment